Thursday, 26 December 2024

Luahan Hati

 Luahan Hati (Rabu 13.11.2024)

Dah seminggu since hari aku diberitahu yang aku mungkin akan di terminate. Entahlah nak rasa apa sekarang ni. Mixed feeling. Nak cakap sedih ya, nak cakap tak sedih pun ya. Aku rasa kosong sekarang ni. Tapi aku buat kerja macam biasa je. Semalam officemate aku bagitau yang dia akan pick random dekat budak bahagian production untuk evaluate aku dengan officemate yang lagi sorang. Mungkin boleh jadi HOD atau boss atau sesiapa je. Aku risau mungkin evaluate aku yang rendah & aku kena "angkat kaki". InsyaAllah aku kena yakin & percaya takdir Allah adalah sebaik-baiknya. InsyaAllah ada rezeki aku lagi dekat sini. Semua orang dekat sini baik-baik. Aku selesa kerja dengan diorang. Mungkin tempat lain aku tak akan dapat macam ni. Semalam aku terpaksa luahkan pasal officemate sorang ni dekat officemate aku yang lain. Aku tak berniat untuk cerita pasal dia tapi terpaksa sebab tak tahan. Rasa geram tak payah cerita lah. Sebab tu aku terpaksa cerita. Aku kena jaga prestasi kerja, kualiti kerja, komunikasi & seangkatan dengannya. Itu janji aku pada diri sendiri. 


Sekian untuk luahan hari ini.😀

No comments:

Post a Comment